Ekonomi Britain mengakhiri tahun 2023 dalam keadaan lebih kukuh daripada yang dijangkakan berdasarkan kajian perniagaan. Dalam masa yang sama teradapat petanda lain bahawa kempen kadar faedah tinggi Bank of England (BoE) mungkin tidak mencetuskan kemelesetan ekonomi.
Perdana Menteri Rishi Sunak berharap berita ekonomi yang lebih baik sebelum pilihan raya yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini. Data pada hari Khamis menunjukkan perniagaan dan isi rumah mampu bertahan di tengah-tengah inflasi yang tinggi dan kos pinjaman yang berada pada tahap tertinggi dalam 15 tahun.
Indeks Pembelian Perkhidmatan UK S&P Globa mengakhiri bulan Disember dengan meningkat kepada 53.4, menunjukkan bahawa sektor itu berkembang lebih kukuh pada bulan Disember berbanding bacaan awal 52.7 dan 50.9 pada bulan November. Jangkaan untuk aktiviti masa depan meningkat ke tahap tertinggi sejak Mei.
“Peningkatan lebih lanjut dalam PMI Disember menunjukkan kemelesetan dilihat dapat dielakkan walaupun tipis kebarangkaliannya” kata Gabriella Dickens, pakar ekonomi UK di Pantheon Macroeconomics. “Walaupun begitu, kajian ini menambah sokongnan kepada pandangan kami bahawa aktiviti sepatutnya meningkat secara beransur-ansur sepanjang tahun 2024.”
Data dari Bank of England yang juga dikeluarkan pada hari Khamis menunjukkan pembiayaan bersih oleh pengguna Britain adalah yang tertinggi dalam hampir tujuh tahun pada November dengan jualan runcit melonjak dan pemberi pinjaman meluluskan paling banyak gadai rumah sejak Jun.
Nilai mata wang Sterling mengukuh berbanding US dolar dan euro selepas data PMI dan data lain Bank of England diterbitkan. Pelabur terus mengharapkan pengurangan kadar faedah BoE pertama seawal bulan Mei.
Tim Moore, pengarah ekonomi di S&P Global Market Intelligence, berkata data PMI menunjukkan sektor perkhidmatan berakhir tahun 2023 dengan baik, dibantu oleh harapan pengurangan kadar faedah BoE dan ekonomi dunia yang lebih kuat. “Namun, banyak firma masih mengemukakan keadaan perniagaan yang mencabar disebabkan oleh stagnasi ekonomi UK dan tekanan yang kuat terhadap margin daripada kos tenaga kerja yang meningkat,” kata Moore.
BoE menghadapi desakan daripada sektor perniagaan, yang risau terhadap ekonomi, bahawa BoE akan mengurangkan kadar faedah. Pelabur sedang menilai pengurangan pertama dalam Kadar Bank seawal pada bulan Mei.