Pada hari Khamis, US dolar mengalami penyusutan berikuan rekod tertinggi di pasaran saham meningkatkan optimisme di pelbagai kelas aset. Pedagang menganalisis beberapa kajian aktiviti perniagaan, kebanyakkannya melaporkan hasil yang melebihi jangkaan, untuk menilai impak kadar faedah.
Data Indeks Pembelian Pengurus (PMI) awal menunjukkan bahawa penurunan dalam aktiviti perniagaan zon eropah berkurang pada Februari, dengan sektor perkhidmatan menunjukkan tanda-tanda peningkatan. Walaupun data pengilangan merosot, prospek keseluruhan dilihat meningkat.
Euro mengukuh sebanyak 0.34% kepada paras dagangan $1.0856, didorong oleh data aktiviti Perancis yang lebih kuat dari yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, ia menurun sedikit selepas data Jerman yang mengecewakan. Sterling juga mengalami kenaikan, mengukuh 0.3% kepada $1.2674, disokong oleh data PMI British yang positif. Yen kekal stabil pada 150.26 berbanding US dolar.
Indeks US dolar, yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama, susut 0.3% kepada 103.67, dalam perjalanan untuk penurunan mingguan pertamanya hampir 0.6% pada tahun 2024. Sikap optimis pasaran, cenderung menekan mata wang US dolar ditambah pula dengan kenaikaann saham Jepun dan Eropah ke paras puncak.
Walaupun penurunan baru-baru ini, indeks US dolar meningkat lebih 2% untuk tahun ini, dengan para trader mengurangkan jangkaan untuk beberapa pengurangan kadar oleh Reserve Persekutuan. Data aktiviti perniagaan AS dijangka akan dikeluarkan kemudian hari bakal memberikan arah yang lebih jelas.
Mata wang Australia, sensitif terhadap sentimen risiko, mengukuh 0.5% kepada $0.6584, manakala franc Swiss sebagai tempat perlindungan selamat juga mengukuh, dengan US dolar susut 0.26% kepada 0.876 franc.
Minit mesyuarat dasar terkini Fed mengesahkan pendekatan berhati-hati bank pusat terhadap pengurangan kadar, dengan jangkaan untuk pengurangan pada bila-bila masa tahun ini. Para pemain pasaran kini menjangkakan kira-kira 30% peluang pengurangan kadar pada Mei, jauh lebih rendah daripada sebulan yang lalu.