Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
ISNIN (5 Mei 2025)
Data Inflasi Switzerland (2.30 Petang) – Ramalan untuk bacaan bulanan indeks harga pengguna di Switzerland pada April meningkat dari paras sifar kepada 0.2%.
PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Tinjauan untuk sektor pembuatan Amerika Syarikat yang diterbitkan pada Khamis lepas menunjukkan bacaan baik berbanding ramalan, namun angka masih kekal di bawah paras 50 mata. Sementara pada minggu ini, tumpuan pada tinjauan sektor perkhidmatan pula dengan jangkaan angka sedikit menurun hampiri paras 50 mata.
RABU (7 Mei 2025)
Data Pekerjaan New Zealand (6.45 Pagi) – Pertambahan pekerjaan di New Zealand dijangka kembali positif untuk suku pertama 2025, namun ramalan untuk kadar pengangguran agak membimbangkan dengan peningkatan daripada 5.1% sebelum ini kepada 5.3%.
KHAMIS (8 Mei 2025)
Mesyuarat FOMC (2.00 Pagi) – Tumpuan utama minggu ini akan terarah kepada keputusan kadar faedah oleh Federal Reserve setelah beberapa data petunjuk penting diperhatikan pada minggu-minggu sebelum ini. Pasaran meletakkan ramalan untuk kadar faedah dikekalkan di paras 4.50%, namun tidak mustahil ada kejutan yang bakal diumumkan oleh Pengerusi Jerome Powell.
Mesyuarat Polisi BOE (7.00 Petang) – Pasaran meramalkan bank pusat England pada mesyuarat terbaru kali ini untuk menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas selepas mengekalkannya pada 4.50% ketika mesyuarat Mac lalu. Ucapan susulan oleh gabenor akan dihadam selain undian ahli MPC akan turut diperhatikan.
JUMAAT (9 Mei 2025)
Data Pekerjaan Kanada (8.30 Malam) – Selepas ekonomi Kanada kehilangan 32,600 pekerjaan pada Mac, data terbaru untuk April dijangka mencatatkan pertambahan semula pekerjaan sebanyak 24,500. Sementara, kadar pengangguran diramal kekal pada 6.7%.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.