Pada Disember tahun lalu, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan inisiatif besar-besaran untuk membina rumah mampu milik bagi rakyat.
Namun, daripada 220,000 unit yang dijanjikan, lebih 70,000 unit masih ghaib tanpa sebarang perkembangan.
Yang ada hanya janji, tetapi di tapak? Kosong.
Projek tersangkut atau ada helah lain di sebaliknya?
Exco Perumahan, Datuk Seri Sundarajoo Somu, nampaknya sudah hilang sabar.
Pemaju diarahkan segera memulakan projek atau lupakan sahaja kelulusan baru.
Beliau menegaskan pemaju untuk tidak akan diluluskan sebarang projek baharu oleh kerajaan negeri selagi pembinaan rumah mampu milik yang tertangguh ini tidak dimulakan.
Semakin lama projek ini tergantung, semakin mahal kosnya. Akhirnya, siapa yang akan menanggung harga ini? Pemaju atau pembeli?
Kalau rumah mampu milik benar-benar untuk rakyat, kenapa masih bertangguh? Atau mungkinkah, akhirnya harga rumah ini ‘terpaksa’ dinaikkan dengan alasan kenaikan kos—seperti yang sering berlaku?