Syarikat minyak gergasi Abu Dhabi, ADNOC bakal mengumpulkan $1.5 bilion melalui jualan sulung bon islam pertama mereka.
Syarikat ADNOC, melalui entiti pasaran utama ADNOC Murban, berjaya menjual sukuk pada 60 mata asas atas perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).
ADNOC menerima lebih $3.85 bilion permintaan untuk sukuk 10 tahun demi hala tuju utama syarikat.
Seterusnya, ADNOC berjaya mengumpul $4 bilion daripada bon konvensional selepas lebih dua tahun ADNOC Murban ditubuhkan.
Ketua Pegawai Pelaburan Klaus Froehlich memberitahu bahawa ADNOC akan memanfaatkan pasaran antara $3 bilion dan $5 bilion setahun, tidak termasuk pasaran alternatif seperti sukuk.
Pada masa yang sama, Standard Chartered berperanan sebagai penyelaras tunggal global untuk penjualan sukuk.
Sementara itu, Abu Dhabi Commercial Bank, Dubai Islamic Bank, Emirates NBD Capital, Abu Dhabi Islamic Bank, Morgan Stanley, First Abu Dhabi Bank dan MUFG bertindak sebagai pengurus utama bersama.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!