Prestasi positif emas di awal minggu mula terbantut selepas pasaran menghadam mesyuarat FOMC yang terbaru awal pagi tadi.
Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 4.50% yang kembali memberi impak positif terhadap pergerakan mata wang US dolar.
Dagangan emas sempat menunjukkan peningkatan harga di sesi Asia pagi ini (Khamis) namun kembali alami kejatuhan nilai yang ketara bersambung pada sesi berikutnya.
Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat mendatar sehingga pasaran menghadam keputusan mesyuarat FOMC.
Dari paras sekitar 3370.00 di pembukaan sesi Asia pagi ini, harga membuat kenaikan ke paras ketinggian sekitar 3414.00 sebelum arah pergerakan harga berubah.
Harga kemudiannya menjunam laju dengan isyarat bearish harga yang bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan harga setakat jam 4 petang mencecah sekitar 3320.00 dengan momentum kukuh yang melihatkan kecenderungan untuk harga jatuh ke paras lebih rendah.
Paras 3300.00 menjadi antara yang dijangka untuk mengundang reaksi harga sebelum penurunan dilanjutkan menuju zon tumpuan pada 3270.00.
Namun tidak mustahil untuk harga kembali melonjak semula untuk menuju ketinggian yang dicapai di sesi Asia sebelum ini.
Jika terdapat perubahan semula untuk trend menaik buat harga, paras tertinggi minggu ini pada 3433.00 berkemungkinan mampu dicabar dan diatasi sebelum sasaran beralih kembali ke rekod ATH 3500.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK