Emas yang memecah rekod tertinggi terbarunya tidak lagi memberi kejutan kepada para pelabur yang sememangnya bersedia menjangkakan situasi tersebut untuk berlaku minggu ini.
Harga emas mencapai setinggi $3,357 di awal pagi ini sebagai rekod all-time high terbarunya, buat ketika ini.
Masih lagi menjadi pendorong utama memacu pengukuhan emas dalam pasaran adalah ketidaktentuan pasaran yang dibelenggu perang tarif global.
Kejutan tarif sehingga 245% kembali dijelaskan semula oleh White House, namun situasi dua ekonomi gergasi dunia itu yang saling berbalas tarif masih membuatkan pelabur gusar dan beralih ke arah aset selamat.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan lonjakan kukuh harga berlaku pada Rabu semalam selepas mendatar di awal minggu.
Namun, harga menunjukkan sedikit penurunan pada hari ini (Khamis) dengan laporan bahawa China membuka ruang untuk rundingan dagang dengan Amerika Syarikat (AS) dan mengharapkan Trump berhenti mengugut.
Sedikit meredakan kebimbangan, harga emas mula berundur dari puncak tertinggi yang dicapainya sementara pelabur memerhati petunjuk untuk perubahan trend harga.
Kecenderungan masih untuk harga emas terus mencatatkan paras ketinggian baharu dengan penganalisis meletakkan sasaran pada 3500.00.
Namun, perubahan pada situasi pasaran boleh turut mendorong penurunan lebih ketara berlaku semula ke atas emas.
Harga berisiko menjunam semula hingga ke sekitar zon 3240.00-3220.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan di awal minggu.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK