Pemegang Bitcoin menjangkakan nilai gergasi kripto itu akan melepasi $100,000 dan berpotensi menembusi paras tertinggi baharu apabila Presiden AS Donald Trump bersedia untuk mengumumkan perjanjian perdagangan dengan UK.
Trump berkata pada 7 Mei bahawa perjanjian perdagangan dengan negara besar tersebut akan diumumkan pada hari Rabu.
Bitcoin kini sudah mencapai paras harga $98,892 iaitu naik 1.89% sepanjang dagangan harian dan membuka aliran menghampiri paras psikologi $100,000 dalam masa terdekat.
Ketua kewangan Bursa kripto Australia BTC Markets, Charlie Sherry, memberitahu Cointelegraph bahawa pasaran mungkin meramalkan ia akan menurun dan berharap ia terjadi.
Sherry berkata ada kemungkinan bahawa perjanjian perdagangan itu kekal memacu pergerakan harga Bitcoin.
Selain itu, Federal Reserve (Fed) mengumumkan kadar faedah kekal 4.25%-4.50% walaupun sebelum ini mendapat tekanan daripada Donald Trump untuk menurunkan kadar faedah.
Bitcoin tidak mencecah $100,000 sejak 1 Februari selepas Trump mencadangkan tarif import ke atas China, Kanada dan Mexico. Sementara itu, peserta pasaran kripto kelihatan lebih yakin pada keseluruhan pasaran, dengan Indeks Kripto mencatatkan skor ‘Freed’ sebanyak 65 mata.
Dalam dunia kripto, mereka yang bersedia adalah yang paling untung. Kenal pasti pergerakan pasaran, fahami potensi aset digital dan bina strategi kukuh. Sertai HUSTLE24HOUR Familia dan bergerak bersama komuniti yang celik kripto.