Bursa Malaysia berundur pada tengah hari hari ini, berikutan prestasi bercampur-campur pada awal pagi apabila aktiviti pengambilan untung berterusan walaupun kebanyakannya trend pasaran serantau positif.
Pada jam 3.50 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.02 mata kepada 1,517.57 berbanding ia ditutup 1,521.59 pada hari Isnin.
Indeks itu dibuka 0.61 mata lebih rendah pada 1,520.98, bergerak antara 1,518.68 dan 1,524.50 semasa sesi dagangan pagi.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 411 berbanding 336, manakala 449 kaunter tidak berubah, 1,244 tidak diniagakan dan 117 digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 2.18 bilion saham bernilai RM893.3 juta.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pergerakan pasaran berkemungkinan berhenti seketika selepas beberapa hari aliran menaik.
Bursa tempatan ditutup pada paras tertinggi dalam sehari, menandakan kenaikan sesi keempat berturut-turut.
Kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank susut satu sen kepada RM4.44, IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM6.86, manakala Maybank, Tenaga Nasional dan CIMB semuanya tidak berubah masing-masing pada RM9.99, RM13.60 dan RM6.99.
Dalam dagangan aktif, NEXG susut tiga sen kepada 34 sen, syarikat pertama ACE WTEC Group susut dua sen kepada 23 sen, Tanco tidak berubah pada 88 sen, manakala Velesto menambah setengah sen kepada 16 sen dan Notion VTec meningkat 2.5 sen kepada 72 sen. – Bernama
Di saat suasana pasaran yang mencabar, strategi yang mantap dan komuniti yang betul jadi kunci kejayaan. Fahami pergerakan saham tempatan dan buat keputusan yang bijak. Sertai HUSTLE24HOUR Familia sekarang!