Dagangan logam kuning mengekalkan posisi bertahannya di atas paras $3,200 apabila sentimen pasaran kekal menyokong mata wang dan aset selamat yang bertentangan dengan Amerika Syarikat.
Pasaran saham Asia dan Eropah mencatatkan keuntungan di tengah-tengah keredaan ancaman tarif yang mengheret permintaan dolar AS (USD) serta meletakkan ekonomi negara terbesar dunia itu menghampiri kemelesetan.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,222.65 iaitu positif 0.36% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Pada hujung minggu, pentadbiran White House mengumumkan pengecualian beberapa produk import teknologi dari China yang ditetapkan sebelum ini sebanyak 20%.
Walau bagaimanapun, Donald Trump menyatakan pada hari Isnin bahawa produk alat ganti telefon pintar dan elektronik China tidak akan dikecualikan cuma ia akan dialihkan ke arah tarif berbeza.
Terkini, dua pengumuman penting dasar monetari daripada Bank of Canada (BOC) dijadualkan mengumumkan keputusannya pada hari Rabu manakala Bank Pusat Eropah (ECB) akan dibuat pada hari Khamis.
Selain itu, United Kingdom dan Kanada akan menerbitkan laporan terkini mengenai kadar inflasi.
Di Amerika Syarikat, data makroekonomi dijangka agak tenang dan beberapa pegawai Fed akan memberikan kenyataan mereka pada minggu ini.