Pasaran logam kuning memulihkan semula kerugiannya iaitu naik kira-kira 1.50% apabila kebimbangan baharu mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Walau bagaimanapun, Presiden Donald Trump mengekalkan pendiriannya untuk tarif 145% ke atas China.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $3,352.64 iaitu naik 0.10% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Suasana pasaran saham Wall Street AS bergerak positif apabila peserta pasaran sedikit lega apabila Donald Trump bersedia untuk membuka ruang rundingan bersama China, namun Beijing meminta untuk mereka membatalkan semua tarif AS atau perbincangan tidak berlaku.
Emas meningkat hasil sokongan oleh kejatuhan hasil bon Perbendaharaan AS dan Indeks Dolar AS (DXY) juga merasakan penurunan selepas mencecah paras tertinggi selama empat hari.
Sementara itu, data ekonomi AS menyaksikan data Tuntutan Pengangguran Permulaan yang menepati anggaran.
Ucapan pegawai Fed juga turut meraih tumpuan utama dengan Presiden Fed Cleveland, Beth Hammack menyatakan Fed boleh bertindak secepat bulan Jun jika data-data menyokongnya.
Gabenor Fed, Christopher Waller mengulangi nada yang sama, dengan menyatakan bahawa sementara tindakan pada bulan Jun kekal di atas meja, pemotongan kadar mungkin didorong oleh pasaran buruh yang semakin lemah.
Namun begitu, peniaga menjangkakan kadar dana Fed akan berakhir pada 3.45%, bersamaan dengan 86 mata asas pelonggaran pada penghujung tahun ini.