Pada Rabu semalam, Kesatuan Eropah telah membuat satu keputusan yang besar mengejutkan ramai dengan mendenda Apple sebanyak $571 juta dan Meta $228.4 juta, atas dakwaan melanggar undang-undang persaingan digital di bawah Akta Pasaran Digital (DMA).
Apple, yang didapati bersalah menghalang akses pelanggan kepada kedai aplikasi alternatif, kini berdepan dengan pertempuran sengit dalam mahkamah dengan EU, yang berikrar untuk terus merayu bagi membantah keputusan tersebut.
Meta, pula didenda kerana memaksa pengguna berkongsi data untuk pilihan langganan berbayar, model yang dianggap EU melanggar hak privasi.
Denda besar ini dilihat berpotensi meningkatkan ketegangan dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) sementelah kedua-dua syarikat besar itu merupakan gergasi teknologi yang berpayung di bawah Amerika.
Beberapa minggu lalu, Presiden Trump membalas dengan tarif ke atas barangan EU, menuduh blok tersebut mensasarkan syarikat teknologi AS secara tidak adil.
Ketika Apple dan Meta bergelut dengan peraturan ketat EU, perjuangan untuk dominasi digital terus memanas sekaligus menyediakan pentas untuk drama dagangan transatlantik yang lebih besar.