Belum reda berita perang dagang bersama China, siri episod perang dagang baru pula terpapar apabila Suruhanjaya Eropah pada hari semalam, membentangkan pelan tindak balas terhadap produk Amerika Syarikat (AS) bernilai €95 bilion.
Langkah ini dibuat selepas AS mengenakan tarif setinggi 25% ke atas aluminium, keluli, dan kenderaan dari EU sejak pertengahan Mac, serta tarif 10% ke atas semua import dari blok itu.
Kini, lebih 70% eksport EU ke AS telah dikenakan tarif, dan angka ini boleh melonjak ke 97% jika siasatan baharu AS terhadap farmaseutikal dan semikonduktor menghasilkan sekatan tambahan.
Sebagai tindak balas kepada tekanan perdagangan ini, EU kini mempertimbangkan langkah balas berskala besar terhadap produk AS bernilai €95 bilion, melibatkan nama besar seperti Boeing, wiski Bourbon, produk makanan, automotif, dan mesin berat.
Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen menegaskan bahawa perjanjian masih boleh dicapai demi manfaat pengguna dan perniagaan kedua-dua pihak, namun memberi amaran bahawa blok itu lebih daripada bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku.
Sementara itu, senarai produk AS yang mungkin dikenakan tarif kini dibuka untuk konsultasi industri sehingga 10 Jun, sebelum diluluskan negara anggota EU.
Suruhanjaya turut memaklumkan bahawa mereka akan mencabar tarif AS di hadapan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Belum reda bara api perang perdagangan dengan China, kini pertembungan baharu antara EU dan AS berisiko mencetuskan krisis tarif global yang bukan saja menggugat ekonomi dunia, malah boleh mengheret hubungan dagang trans-Atlantik ke kancah yang lebih tegang dari sebelumnya.
Ketika kuasa besar dunia saling bertarung dalam gelanggang perdagangan global, pedagang bijak tahu dan inilah masanya untuk naik level dan ambil peluang. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!