US dolar melanjutkan pengukuhan sehingga ke sesi New York semalam selepas pasaran menghadam keputusan mesyuarat FOMC dengan kadar faedah terus dikekalkan tidak berubah.
Sentimen pasaran juga kian memulih dengan perkembangan rundingan dagang Amerika Syarikat (AS) bersama Britain membuahkan hasil yang positif.
Pasaran kini menantikan perkembangan rundingan bersama China pula pada Sabtu untuk perbincangan tarif antara dua ekonomi gergasi dunia tersebut.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah membuat pergerakan keluar dari zon mendatar sebelum ini.
Penurunan harga dilanjutkan selepas zon support 1.13000 telah ditembusi didorong oleh faktor pengukuhan US dolar.
Isyarat pergerakan bearish melihatkan harga berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Menyambung dagangan sehingga ke sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga telah menyentuh paras sasaran pada 1.12000.
Penurunan lanjut dijangka akan diteruskan ke paras lebih rendah dengan sasaran yang beralih ke sekitar 1.11000 pula.
Namun, sekiranya berlaku lantunan semula dari paras 1.12000, harga akan kembali semula ke zon 1.13000 yang berkemungkinan boleh menjadi rintangan buat harga.
Jika tembus zon tersebut dan juga halangan MA50, ada potensi untuk harga bergerak dalam trend bullish semula dan menuju ke paras lebih tinggi.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK