Kekeliruan dan ketakutan para pelabur yang disebabkan oleh berita Presiden Donald Trump yang menandatangani perintah eksekutif tarif 245% ke atas barangan import dari China ke Amerika Syarikat (AS) terus memberi kesan buruk dalam pasaran.
Walaupun telah dijelaskan semula oleh White House, namun pelabur tetap menjangkakan ketidaktentuan yang bakal berterusan dengan perang tarif antara dua ekonomi gergasi dunia itu belum menunjukkan petanda untuk mereda.
Justeru, US dolar kekal bergerak dalam prestasi suram menuju ke penghujung minggu ini walaupun data jualan runcit AS yang diterbitkan di sesi New York semalam hadir dengan bacaan positif untuk Mac.
Euro tampak bergerak baik untuk meningkat berbanding US dolar, namun pelabur Eropah kini memantikan keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) pada hari ini dengan jangkaan kadar faedah bakal diturunkan sebanyak 25 mata asas.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan harga telah dipaparkan semula pada Rabu semalam.
Setelah menguji zon 1.13000, harga membuat kenaikan semula dan mencapai paras 1.14000 di penghujung sesi New York.
Pergerakan harga yang kembali berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat untuk perubahan corak bullish semula.
Namun harga dilihat sedikit berundur turun dari paras 1.14000 pada dagangan awal sesi Asia pagi ini.
Sekiranya harga berjaya menyambung semula kenaikan dan melepasi rintangan pada zon 1.14000 itu, paras ketinggian minggu lepas yang dicapai pada 1.14700 bakal diatasi.
Harga seterusnya bakal catatkan ketinggian terbaru menuju sasaran baharu pada sekitar 1.15000.
Sementara untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, zon 1.13000 bakal diuji sebagai support semasa buat harga.
Untuk penurunan lanjut, harga boleh menuju semula paras-paras tumpuan sekitar 1.12000 dan seterusnya pada zon tumpuan 1.11000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK