US dolar alami kejatuhan ketara pada pembukaan dagangan awal minggu ini khususnya di sesi New York semalam ketika tumpuan terarah kepada acara angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu.
Pelaksanaan tarif berkemungkinan akan dihentikan seketika, membuatkan US dolar melemah menuju dagangan ke penghujung sesi.
Namun, raja mata wang itu tampak kukuh semula pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) susulan Trump mengumumkan tarif ke atas Mexico dan Kanada akan bermula pada 1 Februari.
Sambil menandatangani arahan-arahan eksekutif, Trump melayani soalan-soalan yang diajukan kepada beliau melibatkan pelbagai isu.
Menilai carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berlegar perlahan di zon 1.03000 akhirnya telah melonjak hingga menembusi paras sasaran pada 1.04000.
Kenaikan harga sekali lagi menguji paras rintangan 1.04300 seperti di awal Januari lalu, namun situasi sama berlaku di mana harga tertahan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Di sesi Asia, harga paparkan penurunan di bawah 1.04000 semula ke paras sekitar 1.03500.
Harga melantun perlahan untuk hampiri semula paras 1.04000 dengan pelabur menilai petunjuk untuk arah harga selanjutnya.
Dengan momentum lonjakan semalam, harga berpotensi untuk lanjutkan kenaikan melepasi rintangan 1.04300 sebelum catatkan paras ketinggian terbaru.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju ke zon 1.05000 pula.
Namun, jika harga gagal bertahan di atas 1.04000, harga boleh ditekan jatuh semula dijangka kembali hampiri zon tumpuan 1.03000.
Lebih rendah di bawah zon itu akan memberi isyarat bearish kepada pelabur dengan penurunan seterusnya harga boleh mencecah hingga ke support 1.02000 sebelum ini.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.