Carta pasangan mata wang EUR/USD lebih agresif pada dagangan pembukaan awal minggu ini apabila pelabur menyaksikan lonjakan bertenaga harga sebaik sahaja sesi Asia pagi Isnin ini bermula.
Berbeza berbanding penutupan minggu lalu yang lebih positif, US dolar dilihat kembali didagangkan lemah di awal minggu.
Justeru, dapat diperhatikan harga telah melonjak ke paras tertinggi terbaru mengatasi paras dagangan minggu lepas.
Sebelum ini, rintangan harga adalah pada zon 1.05000 yang diuji beberapa kali termasuk di penghujung minggu lepas, namun masih tidak berjaya ditembusi.
Pengunduran harga pada Jumaat lalu dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut sebelum menutup dagangan sesi terakhir sekitar 1.04600.
Membuka dagangan di awal minggu ini di sekitar tersebut, harga menunjukkan lantunan dari sokongan MA50 dan kemudiannya menembusi zon rintangan 1.05000.
Setakat jam 11 pagi waktu tempatan, harga telah mencapai sekitar 1.05280 yang merupakan paras tertinggi terbaru untuk tempoh dagangan 4 minggu.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi jika corak bullish itu diteruskan akan mendorong harga menuju ke sasaran pada 1.06000.
Jika arah pergerakan harga menunjukkan sebaliknya, penurunan di bawah zon 1.05000 dan garisan sokongan MA50 akan menjadi petunjuk awal untuk perubahan semula trend.
Penurunan yang dilanjutkan seterusnya bakal kembali menguji support pada 1.04000 sebelum sasaran beralih kepada sekitar 1.03000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.