Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD mendatar dalam julat 100 pips sepanjang minggu ini antara paras 1.14000 dan 1.13000.
Tumpuan terarah kepada keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) semalam yang menyaksikan kadar faedah diturunkan 25 mata asas kepada 2.40% seperti yang dijangkakan.
Presiden ECB Christine Lagarde memberi isyarat unjuran ekonomi yang kurang jelas berikutan ketidaktentuan yang tercetus dalam pasaran, namun menyatakan bahawa ekonomi Eropah bergerak baik pada suku pertama 2025.
Mata wang Euro tidak menunjukkan reaksi selepas keputusan mesyuarat itu dengan pergerakan kekal mendatar.
Corak kenaikan EUR/USD yang dipaparkan pada Rabu lalu tidak berjaya diteruskan apabila pergerakan harga mendatar sepanjang Khamis semalam di bawah rintangan 1.14000.
Namun, pergerakan harga dilihat kekal meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang masih menunjukkan isyarat bullish.
Sekiranya corak kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi zon rintangan 1.14000, harga berpotensi untuk mencabar ketinggian yang dicapai minggu lalu pada 1.14700.
Jika kenaikan diteruskan lebih tinggi, harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru 3 tahun menuju sasaran baharu pada 1.15000 pula.
Namun, jika pengunduran harga berlaku semula, zon support pada 1.13000 bakal diuji semula sebagai zon yang masih menahan harga daripada jatuh.
Harga yang tembus ke bawah akan menunjukkan pergerakan bearish lebih jelas menuju paras-paras tumpuan sebelum ini pada 1.12000 dan 1.11000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK