Walaupun terhad, US dolar masih lagi memaparkan corak pemulihan ketika sentimen pasaran semasa memulih daripada kebimbangan sebelum ini.
Presiden Donald Trump yang memberi isyarat keterbukaan untuk rundingan bersama dengan China dilihat meredakan ketegangan perang tarif.
Selain itu, berita berkenaan Trump yang menarik balik ugutan untuk memecat Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell turut meredakan konflik dalaman di negara itu.
Tambahan lagi, data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bacaan di atas paras 50 mata bagi kedua-dua sektor itu untuk bulan April.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan perubahan arah sejak Selasa lalu setelah berundur dari paras ketinggian 3 tahun yang dicapai.
Di sesi Asia pada Rabu semalam, harga hampiri 1.13000 sebelum melantun semula hingga melepasi paras 1.14000 pada sesi Eropah.
Kemudiannya harga berundur turun dari zon tersebut dan melanjutkan penurunan menuju zon 1.13000 kembali di penghujung dagangan sesi New York.
Menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis), harga sedikit melantun namun masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu yang mengekalkan isyarat bearish.
Sekiranya corak penurunan harga itu dikekalkan, zon support semasa pada 1.13000 bakal ditembusi sebelum harga turun lebih rendah melepasi dagangan minggu lalu.
Sasaran berikutnya adalah pada 1.12000 hingga 1.11000 untuk penurunan harga yang diteruskan.
Sebaliknya, jika zon 1.13000 berjaya mengekang kejatuhan dan harga melantun kukuh naik semula, rintangan adalah pada zon 1.14000 untuk ditembusi.
Melepasi 1.14000 dan halangan MA54 boleh mencetuskan isyarat untuk pergerakan bullish semula harga sebelum ketinggian di awal minggu bakal dicabar lagi.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK