Keputusan yang menepati ramalan pasaran, Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.50% pada mesyuarat FOMC terbaru awal pagi tadi.
Ini telah memberi sedikit sokongan terhadap pergerakan US dolar yang menunjukkan pemulihan selepas mesyuarat berakhir berikutan sebelum ini terdapat kebarangkalian untuk pilihan pemotongan kadar faedah lanjut.
Menyusuli pengumuman kadar faedah tersebut, Pengerusi Fed Jerome Powell tampil berucap menjelaskan keputusan berdasarkan situasi ekonomi semasa.
Pasaran menilai ucapan Powell disampaikan dengan nada berhati-hati, menyatakan bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih berada dalam keadaan kukuh.
Pasaran buruh masih dilihat stabil dan inflasi AS menunjukkan penurunan menuju ke sasaran bank pusat.
Menyentuh berkenaan pertumbuhan ekonomi yang negatif untuk bacaan suku pertama 2025 yang lalu, Powell menjelaskan situasi tidak stabil pada aktiviti import ketika ini yang dicetuskan oleh perang tarif telah mempersulitkan bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Bank pusat akan terus menilai ketidaktentuan yang bakal mempengaruhi perbelanjaan dan pelaburan pada masa hadapan.
Buat ketika ini, Fed mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat dahulu sebelum benar-benar yakin untuk melakukan perubahan pada polisi monetari.
Powell turut memberitahu bahawa desakan oleh Trump tidak akan menjejaskan tugas mereka di bank pusat dengan mengekalkan untuk menunggu sebagai tindakan terbaik buat waktu sekarang.
Tumpuan kini beralih pula kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) dengan jangkaan kadar faedah bakal diturunkan 25 mata asas daripada 4.50% kepada 4.25%.
Selain itu, pasaran juga akan mengikuti perkembangan rundingan dagang AS-China yang bakal diadakan pada hujung minggu ini di Geneva Switzerland untuk membincangkan isu tarif.
Trader perlu faham berkenaan keputusan kadar faedah bank pusat yang dipengaruhi oleh data-data penting seperti CPI, NFP dan lain-lain. Semuanya akan memberi petunjuk untuk keputusan trading anda. Pembelajaran fundamental ini menjadi kekuatan untuk ahli-ahli komuniti Hustle24Hour familia yang membincangkan berkenaan pasaran setiap hari. Berminat nak sertai komuniti terbaik ini? KLIK LINK H24H!