Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol telah mengumumkan akan mengurangkan tenaga kerja korporat dan pentadbirannya sebanyak 1,100 jawatan, namun tidak melibatkan barista.
Jumlah pekerja Starbucks mencecah 361,000 orang, dengan 16,000 bekerja dalam peranan pentadbiran dan sokongan.
Tindakan pengurangan pekerja tersebut bertujuan meningkatkan kecekapan dan meningkatkan jualan.
Pengurangan tersebut telah memberi kesan yang positif terhadap saham Starbucks dengan saham syarikat tersebut meningkat sebanyak 1.6%.
Brian Niccol mengambil alih jawatan CEO Starbucks pada September 2024 ketika syarikat itu menghadapi masalah jualan yang rendah dan kini berusaha untuk membuat perubahan kepada rangkaian kopi tersebut.
Antaranya ialah beliau ingin mengaplikasikan perkhidmatan yang lebih pantas dan sentuhan peribadi daripada barista dengan menulis nota pendek kepada pelanggan.
Dalam pada masa yang sama, menu yang tidak mendapat sambutan ramai juga akan dikeluarkan daripada menu Starbucks.