Pendapatan 9 bulan syarikat utama Berjaya Food Bhd bagi tahun kewangan 2025 mengalami kemerosotan 39.8 peratus kepada RM360.9 juta berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu, kerugian bersih teras meningkat 2.6 kali ganda kepada RM101.2 juta daripada hanya RM38.4 juta pada tempoh sama terdahulu.
CIMB Securities memberitahu prestasi itu disebabkan oleh jualan lebih rendah, terutamanya perbelanjaan promosi yang tinggi dan isu boikot pengguna akibat konflik Israel-Palestin.
Bagaimanapun, suku keempat tahun kewangan 2025 bagi kerugian diramalkan menyusut berbanding suku sebelumnya setelah berakhirnya bulan Ramadan.
Berjaya Food telah menunjukkan tanda awal pemulihan cawangan Starbucks di Malaysia kerana isu boikot dalam kalangan rakyat terhadap produk itu semakin berkurangan.
Penganalisis Lim Yue Jia dan Walter Aw Lik Hsin, menyatakan usaha berterusan kumpulan itu dalam menutup cawangan kurang berprestasi juga memainkan peranan penting dalam meredakan kos kerugian organisasi.
Namun, Berjaya Food mengalami kerugian bersih sebanyak RM36.7 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025, ini selepas syarikat membuat pelarasan sekali sahaja sebanyak RM500,000 akibat kerugian daripada penjualan dan penurunan nilai hartanah, peralatan dan kilang.
CIMB mengulas kelemahan pendapatan didorong oleh jumlah pendapatan yang lebih rendah daripada restoran Kenny Rogers Roaster (KRR), kafe Starbucks serta kos pendahuluan yang tinggi dalam meluaskan pasaran ke luar negara.
Secara ringkasnya, penurunan prestasi ini berpunca daripada sumbangan lemah daripada KRR, jumlah kedai yang kurang beroperasi dan kesan daripada bulan Ramadan pada Mac lalu.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.