Rundingan hampir menyelesaikan butiran akhir gencatan senjata di Gaza pada Rabu selepas alami proses yang panjang di Qatar, pegawai AS dan Mesir berjanji akan terus berhubung mengenai perjanjian tersebut sehingga ianya selesai.
Lebih lapan jam perbincangan di Doha telah mencetuskan keyakinan.
Pegawai dari pengantara Qatar, Mesir dan AS serta Israel dan Hamas berkata perjanjian untuk gencatan senjata di kawasan perang yang dikepung dan pembebasan tebusan semakin menghampiri kata sepakat.
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari sebelum ini memberitahu sidang akhbar bahawa kedua-dua pihak telah membentangkan teks dan perbincangan mengenai butiran terakhir yang sedang dijalankan.
Namun, pegawai kanan Hamas memberitahu pada Selasa bahawa mereka masih belum memberikan maklum balasnya kerana masih menantikan Israel menyerahkan peta berkenaan pengunduran tenteranya dari Gaza.
Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bersama-sama pegawai Donald Trump berkata perjanjian perlu dihentikan segera yang memusnahkan Gaza, membunuh berpuluh-puluh ribu orang awam dan mencetuskan konflik di rantau itu.
Biden dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi bercakap mengenai kemajuan dalam rundingan pada hari Selasa.
Selain itu, pegawai Israel dan Hamas berkata rundingan itu telah mencapai langkah terakhir dan ia berharap pusingan rundingan ini akan membawa kepada kesepakatan. – Reuters