Malaysia akhirnya mendapat kelulusan untuk mengeksport buah kelapa tempatan ke pasaran terbesar China.
Berita baik ini berlaku selepas memorandum persefahaman (MoU) antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China, Xi Jinping dipersetujui antara satu sama lain.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengutarakan kenyataan berkenaan rundingan Malaysia dan Republik China akan terus diperkukuh demi hubungan dagangan strategik.
Perjanjian ini menjadi detik bersejarah kepada sektor pertanian negara apabila berlakunya sesi pertukaran MoU antara kedua negara.
Seterusnya, Pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Kelapa Segar dari Malaysia ke China ini juga melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC).
Kepentingan memorandum itu penting untuk memastikan daya saing segar tempatan di pasaran China dan mengukuhkan industri kelapa tempatan ke peringkat global selain berperanan membuktikan komitmen kerajaan dalam melonjakkan eksport pertanian negara.
Kerajaan Malaysia terus komited memastikan hasil pertanian tempatan mendapat tempat di pasaran antarabangsa sekaligus mengembangkan ekonomi negara.