Pertemuan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlangsung semalam di Istana Merdeka, Jakarta selama tiga hari.
Rundingan kedua-dua pemimpin itu mencerminkan keakraban luar rasmi dan bertujuan memperkukuh solidariti serantau serta hubungan persahabatan dua negara.
Ahmad Zahid dan Prabowo membincangkan cabaran tarif dagangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan krisis kemanusiaan di Gaza yang memerlukan semangat juang tinggi negara serantau untuk diselesaikan segera.
Setiausaha Presiden Indonesia memaklumkan Prabowo dan Ahmad Zahid kekal komited untuk terus menjaga hubungan harmoni antara dua negara dan berusaha menjaga kepentingan kestabilan kawasan.
Kedua-dua pihak bekerjasama dalam industri halal dengan mengiktiraf pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk eksport Indonesia.
Ahmad Zahid dan Prabowo mencetus idea kreatif melalai penubuhan Majlis Halal ASEAN demi memajukan industri halal di peringkat Asia Tenggara.
Ahmad Zahid turut bertemu dengan Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka untuk mengulas isu tenaga kerja Indonesia, kestabilan serantau, nelayan dan kekejaman di bumi Palestin.
Dua tokoh politik ternama itu bersetuju bahawa nelayan diberi amaran untuk tidak masuk ke perairan Indonesia dan Malaysia berdasarkan memorandum perjanjian 2012.
Kerjasama pendidikan tinggi, khususnya Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diperkukuh melalui pertukaran tiga Surat Hasrat (LOI) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Perkhidmatan Global Pendidikan malaysia (EMGS), pihak berkuasa Jakarta dan Sumatera Barat serta Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah.
Lawatan Ahmad Zahid ke Jakarta, Indonesia penting untuk memperkukuh hubungan ekonomi, mengharungi ketidakpastian global dan menyerlahkan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.