Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) dibuktikan apabila dianggarkan lebih 600 syarikat dari AS melabur di Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga menyatakan tarif yang dikenakan terhadap semikonduktor mungkin tidak memberi kesan ketara untuk semikonduktor Malaysia.
Penangguhan tarif yang dibuat ke atas Kanada dan Mexico menunjukkan masih ada harapan untuk jalan perbincangan mengenai tarif dan perdagangan yang boleh memberi kesan ke atas Malaysia.
Kedua-dua negara ini telah menandatangani perjanjian dalam kerjasama industri semikonduktor.
Nilai perdagangan antara AS dan Malaysia telah capai RM324.9 bilion pada tahun tahun lepas.
Menurutnya lagi kerajaan kekal komited untuk kekalkan hubungan perdagangan yang baik dengan memberi perhatian terhadap persekitaran yang baik untuk pelabur dan mematuhi peraturan antarabangsa sekaligus dapat meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara ini.