Pendapatan syarikat MR DIY mencatatkan peningkatan positif selepas merekodkan keuntungan ke paras tertinggi pada suku pertama 2025.
Faktor lonjakan itu didorong oleh jualan musim perayaan yang tinggi, untung kasar semakin baik dan pengembangan kedai yang berterusan.
MR DIY juga merancang membuka 190 kedai baharu pada 2025 dengan konsep baharu didukung keyakinan tinggi bahawa tarif Amerika Syarikat (AS) tidak akan menggugat prestasi syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY Adrian Ong menyatakan meskipun pasaran turun naik susulan isu tarif, namun kedudukan mereka tetap kukuh dan optimis tarif AS tidak mampu menjejaskan perniagaan.
Adrian memberitahu beliau percaya MR DIY berada di landasan tepat dalam memacu kecekapan operasi dan tekad menyampaikan nilai stabil jangka panjang kepada pemegang utama.
MR DIY mengumumkan kenaikan 20.2% dalam keuntungan bersih kepada RM174.15 juta berbanding RM144.88 juta tahun lepas.
Seterusnya, hasil suku tahunan mengukuh 10.5% kepada RM1.26 bilion ketimbang RM1.14 bilion tahun lalu disebabkan perluasan kedai yang banyak.
Pada tempoh 12 bulan, syarikat MR DIY telah meluaskan pasaran perniagaan dengan penambahan sebanyak 173 kedai baharu sekaligus mencatatkan angka 1,471 buah syarikat berjaya ditubuhkan.
Harga saham MR DIY meningkat daripada paras terendah RM1.30 pada November tahun lalu kepada RM1.67 pada isnin lalu dengan jumlah RM15.18 bilion.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!