Pada Februari lalu, sembilan peneroka Felda Telai Timur gembira selepas meraih pendapatan kasar berjumlah RM9,000 sebulan hasil projek tanaman getah menggunakan gas stimulan ethylene (Hevea3).
Ketua Peneroka FELDA Teloi Timur, Ahmad Wahab memberitahu penggunaan gas itu memberikan perbezaan kepada hasil susu getah.
Ahmad memaklumkan kaedah digunakan dengan gas dimasukkan dalam aplikator pada batang pokok getah dengan berperanan meningkatkan aliran susu getah, sekaligus menaikkan hasil torehan.
Gas itu akan dimasukkan seminggu sekali dan sebotol gas seberat 160 gram boleh digunakan untuk 120 pokok getah.
Beliau menyatakan bahawa satu buah pokok getah boleh menghasilkan susu antara 200 hingga 300 gram setiap kali menoreh berbanding hanya 40 ke 55 gram sebelum ini.
Selepas selesai proses menoreh, pokok getah akan direhatkan tiga hari bagi mengumpul susu getah yang banyak sebelum ditoreh semula.
Pengarah FELDA Wilayah Kedah dan Perlis, Abdul Rahman dan Komoditi dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengulas penggunaan teknologi baharu ini berpotensi mengukuhkan pendapatan harian peneroka getah.
Seterusnya, berperanan mengembangkan produktiviti getah dan mengurangkan kebergantungan kepada penoreh.
Sejajar dengan itu, pihak kerajaan FELDA akan meneruskan projek terbabit dan memperkasakan perkembangan teknologi gas stimulan ke seluruh kawasan tanaman getah FELDA yang lain.
Ramai yang ikut perkembangan isu semasa dalam pasaran seperti tarif global, tapi abaikan peluang untuk buat duit. Betul, ada orang di luar sana yang manfaatkan isu ini untuk jana untung. Seperti ahli dalam komuniti HUSTLE24HOUR, isu-isu terbaru dalam pasaran dilihat sebagai satu peluang. Jika anda nak dibimbing untuk kenal pasti peluang dalam pasaran, sertai HUSTLE24HOUR sekarang! KLIK LINK UNTUK SERTAI H24H!