Pemegang saham Tesla kini meraikan kebangkitan besar selepas Elon Musk mengumumkan pengunduran dirinya dari politik dan memberi fokus sepenuhnya kepada syarikat beliau.
Sejak Musk mendedahkan semasa sesi laporan kewangan Tesla bahawa beliau akan “memperuntukkan lebih banyak masa kepada Tesla” bermula Mei ini, saham Tesla telah melonjak sebanyak 20%, ditutup setinggi $284.96 pada hari Jumaat lalu.
Pelabur, yang sebelum ini kecewa sikap Musk yang melebihkan pentadbiran Trump melalui Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), akhirnya mendapat suntikan keyakinan yang dinanti-nantikan.
Penganalisis percaya ini mungkin menjadi titik kebangkitan semula Tesla, terutamanya selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan kelonggaran peraturan untuk ujian kereta pandu sendiri.
Tindakan itu dilihat menjadi satu langkah penting untuk bersaing dengan China.
Kenaikan mendadak Tesla ini menjadi bukti bahawa dalam dunia pasaran, peluang besar boleh muncul dengan pantas dan mengejut.
Dalam dunia trading, keputusan pantas cipta jutawan. Nak jadi sebahagian daripada mereka? Sertai program HUSTLE24HOUR untuk lonjakkan tahap trading anda! KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!
Namun ketika peminat Tesla mula meraikan berita gembira itu, badai politik pula melanda New York melumpuhkan saham syarikat tersebut.
Penggubal undang-undang negeri termasuk bekas penyokong Musk, Senator Patricia Fahy kini mengambil tindakan untuk menarik balik hak eksklusif Tesla untuk memiliki pengedar di negeri itu.
Fahy telah memperkenalkan rang undang-undang untuk mengagihkan lesen Tesla kepada pengeluar EV lain seperti Rivian dan Lucid, dengan menyatakan hala tuju politik Musk adalah “satu langkah ke belakang” untuk tenaga bersih.
Dengan Tesla berdepan angin sokongan dan badai politik serentak, perjalanan syarikat itu untuk mengukuhkan semula kedudukan asalnya masih jauh kerana hakikatnya, “the damage had been done”.