Pelabur mula berhati-hati dengan isyarat perubahan arah pergerakan bagi mata wang US dolar yang dipengaruhi oleh data tumpuan penting diterbitkan di sesi New York semalam.
Turut menjadi panduan bank pusat, data inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk April menunjukkan bacaan tahunan menurun kepada 2.3% berbanding ramalan untuk kekal pada 2.4% seperti sebelumnya.
Ini telah kembali mendorong penyusutan semula US dolar yang telah paparkan pengukuhan sejak pembukaan awal minggu.
US dolar kukuh pada Isnin berikutan reaksi keputusan rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif berkenaan persetujuan untuk menurunkan 115% tarif masing-masing dalam tempoh penangguhan selama 90 hari.
Justeru, dapat diperhatikan perubahan arah harga berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD di sesi New York semalam.
Di awal minggu, harga telah menjunam di bawah zon 1.12000 yang kemudiannya menguji zon support baharu pada 1.11000 dengan paras terendah dicatatkan sekitar 1.10700.
Namun, selepas pergerakan mendatar di zon 1.11000 itu di sesi Asia pada Selasa semalam, harga kemudiannya kembali melonjak dan menghampiri semula zon 1.12000 menyambung dagangan hingga ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Kenaikan harga itu juga dilihat telah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang menunjukkan isyarat perubahan trend bullish.
Sekiranya corak kenaikan harga diteruskan selepas ini, harga yang melepasi 1.12000 kemudiannya bakal menuju semula zon tumpuan di awal Mei iaitu 1.13000.
Sebaliknya jika harga melantun semula turun selepas mendatar di zon 1.12000, harga bakal hampiri semula 1.11000 untuk menguji zon support tersebut.
Jika penurunan dilanjutkan, harga bakal catatkan paras terendah terbaru 5 minggu dengan sasaran menuju pula sekitar 1.10000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK