Mata wang US dolar melanjutkan pengukuhan selepas pasaran menghadam keputusan mesyuarat FOMC terbaru ketika Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah 4.50%.
Pengerusi Fed Jerome Powell yang mengulas berkenaan inflasi dan pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) masih stabil telah mengurangkan kebimbangan terhadap ekonomi terbesar dunia itu.
Ini berikutan laporan yang diterbitkan pada minggu lalu berkenaan pertumbuhan ekonomi suku pertama 2025 menunjukkan penguncupan didorong oleh tekanan perang tarif.
Selain itu, Powell memaklumkan keputusan bank pusat tidak akan dipengaruhi oleh desakan Presiden Donald Trump yang mahukan kadar faedah diturunkan.
Sentimen pasaran kini dipulihkan dengan perkembangan rundingan dagang yang sedang menjadi tumpuan.
AS bersetuju untuk mengurangkan cukai import dari UK melibatkan kenderaan dan juga keluli dan aluminium sebagai sebahagian dari perjanjian baharu bagi kedua-dua negara itu.
Pengumuman tersebut melegakan industri penting di UK itu namun tarif asas 10% akan masih terus dikekalkan.
Mata wang Pound walau bagaimanapun gagal untuk pamerkan prestasi cemerlang berikutan terkesan oleh reaksi keputusan mesyuarat bank pusat yang melonggarkan dasar monetari.
Bank pusat England (BOE) menepati ramalan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dari 4.50% sebelum ini kepada 4.25%.
Di penghujung minggu ini, kenyataan susulan oleh Gabenor BOE Andrew Bailey akan dinantikan selain laporan pekerjaan Kanada akan menjadi tumpuan di sesi New York.
Pasaran kekal berhati-hati untuk perkembangan rundingan dagang AS bersama China yang bakal diadakan pada Sabtu ini untuk perbincangan berkenaan tarif.
Perubahan dalam sentimen pasaran semasa boleh pengaruhi saham-saham global. Tapi macam mana nak belajar tentang sentimen pasaran? Sertai komuniti HUSTLE24HOUR yang menyediakan pembelajaran khas tentang pasaran kewangan. KLIK LINK UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.