Lantikan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat telah mencetuskan kebimbangan global apabila beliau menandatangani tarif timbal balik terhadap pelbagai negara, termasuk sekutu tradisional seperti China, Kesatuan Eropah serta negara lain seperti Malaysia.
Dasar ‘America First’ yang dibawanya dalam pentadbiran kali ini turut memberi kesan kepada rantaian bekalan global, menekan sektor eksport negara, dan mencetuskan ketegangan perdagangan serantau.
Malaysia turut terkesan apabila beberapa sektor seperti elektronik, keluli, dan tenaga menjadi sasaran dalam senarai tarif tersebut.
Namun begitu, pada 5 Mei 2025, Kerajaan Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen yang memberi tumpuan khusus kepada usaha menangani krisis global ini. Berikut merupakan intipati utama perbincangan sepanjang sidang khas tersebut:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, mengemukakan beberapa cadangan berkaitan perubahan dasar fiskal yang berpotensi memberi tekanan kos, melemahkan sentimen perniagaan dan membebankan pengguna.
Antara cadangan yang dikemukakan beliau termasuklah penangguhan kenaikan harga RON95 yang dijadualkan pada Jun, penangguhan tarif elektrik pada Julai, penyemakan semula peluasan skop SST serta pembatalan pembelian 30 pesawat Boeing.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, turut menyuarakan sokongan terhadap penangguhan langkah-langkah yang boleh membebankan kos sara hidup rakyat serta perbelanjaan kerajaan yang tinggi.
Beliau turut mencadangkan agar pelaksanaan e-Invois pada Julai 2025 dibekukan, cadangan sumbangan KWSP pekerja asing ditarik balik dan kadar OPR Bank Negara diturunkan kepada 2.00%.
Lim juga menggesa kerajaan untuk melaksanakan pakej rangsangan bagi membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan, mengarahkan sektor perbankan memberikan kelonggaran pinjaman, serta mewajibkan pelabur sama ada asing mahupun tempatan untuk membeli sekurang-kurangnya 50% produk tempatan.
Malaysia perlu bersedia menghadapi tekanan global melalui dasar yang bijaksana dan inklusif demi mengekalkan kestabilan ekonomi, dengan kebajikan rakyat sebagai keutamaan utama.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!