Syarikat teh boba dari China, Chagee meletup 21% pada hari pertama penyenaraiannya di Nasdaq semalam, melonjakkan nilai pasaran kepada $6.2 bilion (RM27 bilion) – menjadikannya IPO pengguna China terbesar sejak RLX Technology pada 2021.
Chagee telah berjaya menjual sebanyak 14.7 juta saham pada harga maksimum $28 seunit dan berjaya mengutip $411 juta, walaupun tersepit di tengah ketegangan ekonomi AS-China yang masih membara.
Dengan hampir 6,700 cawangan global dan jualan tahunan cecah RM18 bilion, kejayaan Chagee ini membuktikan pelabur masih percaya pada kuasa beli rakyat China walaupun dunia kian risau dengan perang tarif.
Sementara pesaing seperti Mixue dan Guming selesa bermain di Hong Kong, Chagee berani menembusi Nasdaq dan tak disangka, menang besar!
Sekarang, bubble tea bukan sekadar minuman manis tapi dah jadi simbol kuasa ekonomi baharu dari Timur.