Minggu lepas menyaksikan betapa paniknya Wall Street selepas semua saham turun dengan lajunya. Sama laju dengan air mata dan hingus pelabur yang kesedihan melihat semua saham yang turun akibat tarif dan semua pengumuman Trump.
Namun hari ini, pelabur sudah mampu tersenyum apabila saham daripada syarikat teknologi mula membuat ‘comeback’ yang amat menakjubkan. Bak kata orang memang ‘chef kiss’!
Dalam masa dua hari saja, syarikat gergasi teknologi seperti Tesla, Nvidia dan Amazon telah berjaya menambah $455 bilion kepada nilai pasaran mereka hanya dengan satu kenyataan ‘simpati’ dari Trump yang mengatakan bahawa tarif 145% terhadap import China “terlalu tinggi” dan akan “turun dengan ketara.”
Lebih terharu apabila Trump malah berjanji akan menjalinkan hubungan “sangat baik” dengan China demi mencapai rundingan perdagangan, memberikan satu harapan besar kepada syarikat teknologi untuk menapak ke hadapan semula akibat kejatuhan yang dahulu.
Hasilnya?
Tesla naik lebih 5% selepas Elon Musk umum akan kurangkan masa bersama pentadbiran Trump manakala Nvidia, Meta, Amazon melonjak hampir 4%.
Tidak ketinggalan Apple, Google, Microsoft yang juga mendaki tangga naik sehingga 2% lebih.
Tapi jangan terlalu selesa. Trump kata pengecualian tarif terhadap elektronik cuma sementara.
Kalau tarif dikenakan semula, Big Tech mungkin akan tergelincir semula dan kali ini mungkin terus ‘sinkhole’.