Britain pada hari Selasa mengumumkan terbitan draf undang-undang dalam industri kripto dan berita tergempar mengenai kerjasamanya dengan Amerika Syarikat dalam mengawal selia dunia aset digital.
Menteri Kewangan UK, Rachel Reeves mengumumkan rancangan yang lebih tegas dalam pengawalseliaan yang komprehensif untuk aset risiko kripto dan menjadikan negara tersebut sebagai pemimpin dunia dalam aset digital.
Undang-undang tersebut memberi fokus pada pertukaran kripto, penjual dan ejen dalam lipatan kawal selia, serta membanteras sebarang jenayah jahat dan menyokong inovasi secara sah.
Katanya lagi, firma kripto dan para pelanggan di UK perlu mematuhi piawaian yang jelas mengenai ketelusan, perlindungan pengguna dan daya tahan operasi, sama seperti pengurusan dalam kewangan tradisional.
Dalam dunia kripto, mereka yang bersedia adalah yang paling untung. Kenal pasti pergerakan pasaran, fahami potensi aset digital dan bina strategi kukuh. Sertai HUSTLE24HOUR Familia dan bergerak bersama komuniti yang celik kripto.
Pada minggu lalu, Reeves bertemu rakan sejawatannya Scott Bessent, Setiausaha Perbendaharaan AS untuk membincangkan perjanjian perdagangan dan berkata bahawa meningkatkan hubungan perniagaan dengan Kesatuan Eropah adalah sangat penting.
Sebelum ini, peserta pasaran industri kripto melabelkan Lembaga Tingkah Laku Kewangan (FCA) yang merupakan badan pemerhati perkhidmatan kewangan UK terlalu ketat dalam meluluskan pendaftaran firma aset digital.
FCA ialah pengawal selia yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan firma yang ingin menyediakan perkhidmatan kripto dalam skop peraturan pengubahan wang haram di UK.