Pada Jumaat, saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) mengalami lonjakan selepas peningkatan positif kelmarin ketika laporan pendapatan syarikat-syarikat utama menjadi tumpuan pelabur.
Ketiga-tiga indeks utama mengukuh disokong pendapatan kukuh daripada industri teknologi besar seperti Microsoft dan Meta dalam meredakan perbelanjaan kecerdasan buatan (AI).
Indeks S&P 500 mencanak 0.63%, Dow Jones menaik 0.21% manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi menokok 1.52%.
Selain itu, kenaikan indeks utama ini juga turut didorong oleh rundingan baik antara dua negara besar iaitu AS dan China dalam usaha penyelesaian isu perang dagangan.
Perkara ini disahkan, selepas Trump menyusutkan tarif automatif ke atas alat ganti asing yang diguna pakai dalam keluaran kereta AS, manakala Republik China pula mengecualikan etana daripada tarif 125% ke atas import AS.
Namun demikian, saham Apple jatuh 3.8% dan Amazon meluncur 3% disebabkan oleh tarif tinggi ke atas barangan import China.
Situasi ini membuat pelabur kekal kecewa dan bimbang terhadap tarif Trump meskipun lega dengan kemajuan rundingan AS-China.
Konklusinya, jumlah dagangan bursa AS merekodkan $16.15 bilion berbanding purata $19.56 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!