Pada Selasa, saham Wall Street mengalami peningkatan positif selepas penurunan yang membimbangkan pada minggu lalu.
Faktor yang mendorong lonjakan ketiga-tiga indeks utama adalah berikutan oleh pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) berkenaan kadar tarif baharu terhadap semikonduktor import.
Indeks Dow menaik 0.78%, S&P menokok 0.79% manakala indeks Nasdaq yang berteraskan sektor teknologi mencatat kenaikan sebanyak 0.64%.
Selain itu, kenaikan indeks utama turut disokong oleh syarikat Apple, susulan keputusan kerajaan White House mengecualikan telefon bimbit dan komputer daripada dikenakan tarif baharu.
Situasi itu memberikan kesan positif terhadap pasaran ekonomi AS yang secara tidak langsung menawarkan harga yang lebih berdaya saing bagi merangsang peningkatan permintaan pengguna.
Namun demikian, pelaksanaan tarif oleh pentadbiran Trump turut memberikan tekanan kepada pasaran saham AS dan mencetuskan corak pergerakan harga yang tidak stabil.
Secara keseluruhan, indeks AS menunjukkan peningkatan sederhana berbanding indeks Asia dan Eropah, namun kebimbangan dalam kalangan pelabur kekal berikutan pelaksanaan tarif dagangan.