Pada Jumaat, niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) hampir tidak berganjak selepas S&P 500 melonjak ke rekod tinggi baharu pada hari sebelumnya.
Pasaran pada Khamis menyaksikan Dow Jones melonjak sebanyak 0.92%, S&P 500 naik 0.53%, dan Nasdaq Composite naik 0.22%.
Semua sektor dalam S&P 500 berakhir dengan positif, antara yang paling menyerlah ialah penjagaan kesihatan, perindustrian dan hartanah.
Suasana dalam pasaran bertambah baik selepas Trump membuat ucapan di Forum Ekonomi Dunia, antara ucapannya ialah menggesa pemotongan kadar faedah dengan segera dan menyeru Arab Saudi menurunkan harga minyak.
General Electric menyaksikan kenaikan sahamnya sebanyak 6.6%, manakala saham Union Pacific meningkat sebanyak 5.2% berikutan keputusan suku keempat yang lebih baik daripada jangkaan.
Berbeza pula dengan saham American Airlines menurun sebanyak 8.7% disebabkan panduan pendapatan yang lemah.