Saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan selepas peningkatan positif minggu lalu berikutan data pekerjaan NFP diterbitkan baik pada Jumaat.
Ketiga-ketiga indeks utama merudum didorong oleh kerajaan White House memberi ancaman kepada bank pusat Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah.
Indeks S&P 500 menurun 0.6%, Dow Jones jatuh 0.5% manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi melemah 0.7%.
Pengerusi Fed Jerome Powell akan mengadakan mesyuarat selama dua hari bersama ahli FOMC dengan keputusan kadar faedah akan diketahui awal pagi Khamis.
Fed juga dijangka mengekalkan kadar faedah yang stabil ketika ketidaktentuan global akibat ancaman inflasi daripada tarif Presiden AS Donald Trump.
Seterusnya, kejatuhan indeks utama turut didorong tindakan terbaru Trump mengenakan tarif 100% kepada semua filem keluaran asing di AS.
Situasi ini berlaku selepas Trump mendakwa industri filem Hollywood berada dalam keadaan darurat disebabkan oleh pengaruh filem keluaran negara lain.
Beliau menuduh negara luar menarik minat pembuat filem AS untuk berkarya ke luar negara sekaligus mengancam keselamatan negara AS.
Trump telah memberikan kuasa kepada Jabatan Perdagangan, dan Wakil Perdagangan AS bagi memulakan proses tarif 100% ke atas filem negara asing ke AS.
Namun, tarif filem asing ini dilihat tidak jelas bagaimana mahu dilaksanakan memandangkan filem diedarkan melalui pawagam, televisyen dan penstriman langsung seperti Netflix.
Konklusinya, pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan baik perdagangan AS-China dan menantikan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan pada minggu ini.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!