Pada Khamis, saham Wall Street mengalami penurunan lebih rendah selepas merekodkan kejatuhan sama pada kelmarin.
Faktor yang menyebabkan kemerosotan ketiga-tiga indeks utama lantaran tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi semakin berleluasa dan tidak terkawal.
Gempar semalam berita berkenaan Presiden Trump menandatangani arahan eksekutif tarif ke atas barangan import dari China setinggi 245%.
Namun, White House kembali menjelaskan kekeliruan tersebut dengan menyatakan bahawa jumlah 245% itu adalah tambahan dari 100% tarif ketika pentadbiran Joe Biden dan 145% yang terbaru dari Trump itu.
Indeks Dow Jones menurun 1.73%, S&P 500 menyusut 2.24% manakala Nasdaq berfokuskan pada industri teknologi merudum 3.07%.
Selanjutnya, Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell dalam ucapannya awal pagi tadi menyatakan ketidaktentuan dalam pasaran menyebabkan inflasi sukar diramal dan pertumbuhan ekonomi bergerak perlahan.
Namun demikian, beliau berkata bank pusat akan menunggu data-data ekonomi terbaru sebelum mengubah dasar monetari.
Situasi ini membuat pelabur bertambah bimbang rentetan risiko inflasi menjadi lebih tinggi oleh sebab tarif dagangan Trump.
Secara keseluruhan, tarif Trump mencetuskan kerisauan terhadap perkembangan ekonomi AS sehingga jumlah dagangan AS menjadi makin tenggelam kepada $16.08 billion di bawah purata $18 billion.