Zuckerberg pun main cable Trump juga untuk menang dalam mahkamah?
Isnin semalam telah menyaksikan perbicaraan antitrust landmark Meta di Washington dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) menuduh gergasi media sosial itu secara tidak sah menekan pesaing melalui pengambilalihan Instagram dan WhatsApp.
FTC berpendapat bahawa pembelian Instagram bernilai $1 bilion pada 2012 dan WhatsApp bernilai $19 bilion pada 2014 adalah strategi untuk menyingkirkan persaingan, merujuk kepada memo Zuckerberg pada 2012 yang mengatakan, “Lebih baik beli daripada bersaing.”
Taruhannya?
Kemenangan FTC boleh memaksa CEO Meta, Mark Zuckerberg, untuk memecah syarikat itu, memisahkan Instagram dan WhatsApp.
Dengan kedua-dua Zuckerberg dan bekas COO Sheryl Sandberg akan memberikan keterangan, perbicaraan ini dijangka berlangsung selama berminggu-minggu dan berpotensi mengubah masa depan salah satu syarikat teknologi terbesar di dunia.
Ketika perbicaraan ini semakin rancak, elemen politik semakin memanaskan keadaan, dengan Zuckerberg dilaporkan cuba melobi Trump untuk campur tangan dan hentikan kes ini.
Sementara itu, kemunculan aplikasi seperti TikTok dan YouTube memberi tekanan kepada Meta, yang mendakwa pengambilalihan Instagram dan WhatsApp bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Namun, FTC bertekad untuk mencabar naratif tersebut, mengatakan bahawa langkah itu lebih kepada menyingkirkan pesaing.
Adakah ini permulaan kepada akhir bagi Meta seperti yang kita kenali?