Pada tahun ini, pengusaha kedai kopi Zuspresso Sdn Bhd merancang untuk membuka 200 kedai baharu di seluruh Asia Tenggara.
Ketua pegawai operasi Venon Tian memberitahu bahawa Zuspresso berjaya mengatasi Starbucks sebagai rangkaian kopi terbesar di Malaysia dalam tempoh lima tahun.
Berita baik ZUS Coffee akan berkembang ke pasaran global dengan membuka 107 kedai baharu di Malaysia, 80 di Filipina dan 6 di Singapura.
Firma ini juga akan menembusi pasaran Thailand dan Indonesia dengan membuka cawangan pertama di kedua-dua negara itu.
Berminat untuk ketahui perkembangan pasaran saham global dengan perbincangan bersama ahli-ahli aktif dalam komuniti? Sertai komuniti HUSTLE24HOUR yang kini kembali dibuka.
ZUS memintas Starbucks di pasaran akibat aktiviti boikot rakyat Malaysia terhadap jenama Amerika Syarikat (AS) itu yang dikaitkan dengan Israel dalam konflik di Gaza.
Terdapat 743 cawangan utama ZUS berbanding 320 kedai Starbuck di Malaysia.
Seterusnya, Zus kini mengendalikan kira-kira 120 kedai di Filipina dengan sokongan pelaburan jutawan Frank Lao, empat lokasi di Singapura dan beroperasi di Brunei melalui model francais.
Tian memaklumkan kejayaan ZUS didorong perisa khas seperti gula kelapa sawit di Malaysia dan kopi perisa keladi ungu di Filipina.
Pada tahun 2024, syarikat ZUS berada di landasan tersendiri selepas mengalami pertumbuhan pesat dengan pendapatan bersih melonjak tiga kali ganda kepada RM37 juta (AS$8.4 juta).