Mata wang kripto XRP telah menjadi tumpuan para pelabur baru-baru ini, dengan pergolakan berterusan antara platform pembayaran blockchain Amerika, Ripple Labs, dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC). Waima begitu dalam perkembangan terkini, para Whales XRP telah memindahkan sejumlah besar kripto XRP ke pelbagai wallet. Langkah ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur selepas beberapa sentimen positif dari XRP telah meningkatkan optimisme dalam pasaran.
Menurut laporan Whale Alert, sebuah “whale” (pelabur besar) memindahkan 26.8 juta token XRP, bernilai $14.24 juta, dari dompet yang tidak diketahui ke pertukaran Bitstamp. Jumlah pemindahan yang besar ini telah menimbulkan spekulasi di pasaran tentang kemungkinan jualan dalam masa terdekat.
Perlu diingatkan, apabila dana digerakkan ke dalam pertukaran, ia menunjukkan bahawa peserta pasaran ingin menjual aset mereka. Sebaliknya, jika dana digerakkan keluar dari pertukaran ke dompet, ia secara umumnya menunjukkan bahawa pelabur ingin menyimpan kripto.
Sementara itu, para trader menjadi lebih bimbang selepas jumlah pemindahan yang besar lain diperhatikan di pasaran. Dalam satu transaksi lain, seorang “whale” memindahkan 20.40 juta token XRP, bernilai $10.83 juta, dari dompet yang tidak dinyatakan kepada pertukaran Bitso.
Spekulasi yang meningkat ini telah menghapuskan beberapa keuntungan dari harga kripto pada hari ini. Harga XRP telah turun 1.18% dalam tempoh 24 jam terakhir dan diniagakan pada $0.523 semasa penulisan. Lonjakan jumlah harian turun 38.47% kepada $1.01 bilion, manakala pasaran modal turun 1.16% daripada semalam kepada $27.87 bilion.