“Hmm takkan la sebab ni je harga MATIC akan terkesan juga?”
Setelah beralih pada pengembaraan baharu selepas melancarkan Polygon (MATIC) pada 2017, co-founder Jaynti Kanani mendedahkan beliau tidak hadir bagi kerja harian projek itu sejak enam bulan lalu.
Memang tidak dinafikan Kanani bukan sahaja yakin dengan masa depan MATIC malah naik taraf Polygon 2.0, tetapi beliau tetap memutuskan untuk berundur dari kerja sehariannya.
Jadi di sini dapat dilihat Kanani adalah orang ketiga daripada 10 co-founder Polygon Labs yang mengumumkan pemergiannya tahun ini, bagaimanapun perlu diketahui pemergian ramai eksekutif dapat mencetuskan masalah pada ekosistemnya.
Selain menjadi salah seorang daripada 10 co-founder Polygon Labs, Kanani juga sebagai co-authored whitepaper aset digital itu sendiri bersama Anurag Arjun, Mihailo Bjelic termasuk pengerusi eksekutif, Sandeep Nailwal.
Terdahulu pada Mac 2023, co-founder Arjun meninggalkan firma itu untuk mengusahakan projek spinoff blockchain dipanggil Avail, kemudian Presiden Polygon Labs Rayan Wyatt pula berundur daripada peranannya untuk digantikan oleh bekas Ketua Pegawai Undang-undangnya Marc Boiron.
Suka dimaklumkan firma tersebut kini rancang untuk beralih pada Polygon 2.0 iaitu rangkaian interconnected layer-2 dikuasakan oleh teknologi zero-knowledge yang mampu mengubah token MATIC kepada POL.
Secara konteks, MATIC adalah penyelesaian penskalaan layer-2 Ethereum (ETH) yang menggunakan ekosistem multi-chain untuk membenarkan transaksi lebih murah, pantas dan lain-lain.
Setakat penulisan ini, harga MATIC mencanak sebanyak 0.88% pada paras $0.56 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $5 bilion seterusnya merekodkan pendakian 10.94% sepanjang minggu lepas.