Analisis GOLD – Harga Emas Kekal Mendatar Di Bawah $1,830 Menuju NFP

1,133

Dagangan emas mengekalkan pergerakan mendatar untuk hari kedua pada Rabu semalam yang dijangka akan berterusan hingga ke penghujung minggu.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan September akan diterbitkan pada Jumaat, akan menjadi petunjuk penting untuk bank pusat menetapkan dasar monetari.

US dolar bakal menerima impak besar dengan reaksi pasaran selain harga emas juga akan turut terkesan.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga kekal berlegar di bawah paras 1830.00 yang menjadi rintangan semasa.

Pada dagangan Rabu semalam, paras 1830.00 itu turut diuji lagi namun harga sekadar menyentuh dan gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Sementara paras support semasa harga kekal di sekitar 1817.00 dengan harga meniti di atas paras tersebut pada sesi New York.

Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), kenaikan harga yang cuba untuk mencapai 1830.00 menyaksikan penurunan semula di sesi Eropah selain harga juga berlegar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Pelabur berwaspada dengan kekurangan petunjuk lebih jelas untuk arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Jika penurunan berlaku melepasi paras sokongan beberapa hari lalu, harga emas dilihat akan mencecah ke paras 1800.00.

Ini akan menjadi paras terendah terbaru setelah harga emas kali terakhir didagangkan sekitar tersebut adalah pada Disember tahun lalu.

Namun jika harga emas berjaya mencanak naik melepasi rintangan pada 1830.00, ini akan menjadi isyarat awal untuk permulaan trend bullish semula buat emas.

Kenaikan bakal diteruskan menuju paras-paras tumpuan sebelum ini yang berada pada 1855.00 atau 1870.00 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat