Corak kenaikan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD di sesi Eropah semalam, menyambung trend di awal minggu.
Namun situasi berubah di sesi New York apabila US dolar kembali mengukuh semula menekan harga jatuh lebih rendah.
Kedua-dua mata wang US dolar dan Pound bakal didagangkan dengan berisiko menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) dan FOMC.
Kedua-duanya dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras sebelumnya.
US dolar akan diberi lebih perhatian di sesi New York malam ini dengan terbitan beberapa data penting termasuk laporan data pekerjaan ADP, JOLTS dan tinjauan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS).
Pada carta GBP/USD harga dilihat memaparkan kenaikan hingga ke paras 1.22000 yang merupakan antara pasaran sasaran harga.
Namun sebaik sahaja menyentuh paras tersebut, harga terus berpatah arah membuat penurunan semula sehingga melepasi paras bermulanya lonjakan sebelum itu.
Penurunan telah mencecah sekitar 1.21200 sebelum sedikit melantun untuk menutup dagangan penghujung sesi New York sekitar 1.21500 dan harga perlahan di sekitar tersebut menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu).
Penurunan lebih rendah harga dijangka akan menguji paras sokongan pada 1.21000 sebelum harga yang melanjutkan penurunan bakal menuju ke zon 1.20500.
Sementara, jika corak kenaikan dipaparkan semula, paras rintangan 1.22000 yang disentuh semalam akan menjadi sasaran untuk diuji lagi.
Selepas berjaya menembusinya, sasaran akan beralih ke zon rintangan 1.23000 yang hampir diuji pada kenaikan harga minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG