Ringgit Lemah, Tapi PM Anwar Ibrahim Tak Setuju Naikkan Kadar Faedah

620

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pandangannya dengan menolak langkah menaikkan kadar pinjaman untuk menyokong mata wang tempatan.

Nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang kini dilihat lemah dan kian merosot telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Menteri Kewangan Malaysia itu juga mencadangkan agar Ringgit Malaysia (RM) dipisahkan daripada Dollar AS sebagai penyelesaian tanpa meningkatkan kos pinjaman.

Data petunjuk ekonomi ternasuk kadar inflasi dan pengangguran catat penurunan sementara pelaburan menunjukkan peningkatan.

Bank Negara Malaysia (BNM) akan bermesyuarat pada Rabu dan Khamis bagi menyelaraskan dasar kadar semalaman (OPR) yang terbaru.

Anwar juga turut menjelaskan bahawa situasi ekonomi dan mata wang negara ini masih belum mencapai tahap yang serius dan ianya bukan satu keperluan.

Buat masa ini, negara Malaysia masih berada pada landasan yang selesa disebabkan hubungan perdagangan antara negara China, Indonesia dan Thailand.

Menurut beliau lagi, perbincangan telah diadakan bersama beberapa negara Arab untuk memulakan proses dedolarisasi, tetapi hanya berjaya dengan tiga negara sebagai penyelesaian jangka panjang untuk mempertahankan Ringgit Malaysia (RM).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat