Sepanjang menjadi trader forex, setelah naik jatuh dalam dunia trading forex ini, dan juga mendengar kisah kejayaan dan kegagalan dalam dunia trading forex, saya dapati trader forex seringkali lupa 1 perkara dalam kehidupan sebagai trader forex.
Matlamat. Target. Sasaran yang realistik.
Dalam setiap apa pun yang kita lakukan, kita perlu ada matlamat, dan matlamat tersebut tidak harus dibiarkan rambang, kosong. Tanpa jelasnya arah tuju. Apa matlamat kita dalam trading forex? sesetengah orang ingin menjadi kaya raya. Sejauh mana kaya raya yang dimaksudkan ?
Saya bertanya kepada rakan yang sudah sangat kerap kali melakukan deposit modal untuk trading forex, tetapi masih rugi, tidak untung, dan kehidupannya bertambah kusut dan serabut dengan trading forex, walaupun niatnya bagus.
(abaikan ayat dan perbualan santai bahasa pasar dalam dialog di bawah)
Moshed : Apa bro nak dalam trading forex ?
Bro : Nak kaya la, apa lah ko tanya aku soalan pelik-pelik ni.
Moshed : Nak kaya macam mana tu ?
Bro : Oh, aku tak ada lah nak kaya, tapi aku nak forex ni dapat beri aku sideincome yang agak lumayan lah.
Moshed : Berapa bro dah untung dalam trading forex?
Bro : Ko pun tau, aku dah tak larat deposit ke broker dah, asyik rugi sahaja trading. Macam-macam teknik dah aku belajar, tapi masih rugi.
Moshed : Berapa banyak bro dah deposit ?
Bro : Tak tahu, banyak juga dekat 20K mungkin.
Moshed : Berapa banyak bro nak return dalam forex setiap kali trading ?
Bro : Aku nak dapatkan balik sebanyak mana aku deposit dahulu. Sebab aku baru belajar satu lagi teknik baru.
Moshed : Ok katakan dulu bro dah deposit almost USD 20,000. So bro nak untung dapat cover balik lah kan deposit tu ?
Bro : Tu la, esok aku nak deposit baru, aku nekad aku boleh cover balik dengan trading aku esok.
Moshed : Berapa bro deposit tu ?
Bro : Aku akan deposit USD5, dan compound sehingga USD 20,000.
Moshed : Mustahil ! Saya rasa dah berapa kali bro cakap perkara yang sama.
Perbualan diringkaskan, saya terangkan balik satu persatu kenapa mustahil kenapa tragedi rugi akan berulang. Kenapa bro tersebut masih akan terus deposit sehingga bila-bila.
Dari perbualan tersebut kita boleh lihat beberapa perkara.
1. Tiada matlamat yang jelas.
2. Sejauh mana bro tersebut menganggap forex akan membantu dia yang masih bekerja dengan sebagai side income.
3. Tiada matlamat return on investment, yang ada hanyalah trading harapan dan balas dendam.
4. Dia merasakan dia trade forex, sebaliknya bagai ‘berjudi’.
5. Tidak konsisten mengkaji teknik yang sesuai dengannya. Berubah-ubah, kejap teknik ini, kejap teknik itu.
Kali ini saya tak mahu ulas bab-bab lain, saya hanya mahu ulas bab matlamat. Matlamat dalam trading forex adalah sama seperti berniaga. Perlukan modal dan keuntungan ke atas modal, dan kesesuaian keuntungan ke atas menaikkan taraf hidup seseorang tersebut.
Contoh matlamat bagi trader yang bekerja, boleh lah memulakan dengan matlamat mengurangkan beban membayar kereta, duit belanja barang dapur, bayar insuran, sewa rumah.
Kita ambil contoh paling mudah. Bayar ansuran kereta. Katakan ansuran kereta sekitar RM600 ke RM700.
Dengan modal USD1,000. Dengan trading plan keuntungan dan kerugian maksima sehari ditetapkan sebanyak 2%. Dan dengan 20 hari trading day dalam sebulan.
Keuntungan maksima : 20 hari x 2%(USD20) = USD400 = *RM1200
*( katakan kadar tukaran purata USD1 bersamaan RM3.. lebih kurang lah kiranya)
Katakan dalam 20 hari trading tersebut, tolak untung rugi, normal situation hanya dapat lakukan 1% setiap hari. Mungkin kerana faktor trading hanya pada malam hari sahaja selepas siang penat bekerja.
20 hari x 1% dari USD50 (USD10) = USD 200
USD200 bersamaan RM600.
Tidakkah dapat mengurangkan beban untuk bayar ansuran kereta tersebut ? Dan mungkin sebab setiap hujung bulan, gaji yang dapat habis digunakan, kali ini akan ada saving RM600. Tidakkah ini menarik? Apa yang menghalang dari orang biasa untuk mendapatkan ini ? Unrealistic target ! Deposit USD1,000 tapi hendak pulangan USD20,000 sebulan. Ca’mon! Be realistic. We are forex trader, not gambler ! Setiap perniagaan ada untung rugi, kenapa dengan forex emosi kerap kali bermain supaya inginkan keuntungan yang tidak realistic ? Tepuk dada, tanya selera kenapa ramai seringkali gagal dalam forex.
Mula-mula tetapkan untuk bayaran ansuran bulanan kereta. Jika ada lebih compound untuk gandakan modal. It takes time, but it worth a million. Asalkan tidak rugi. Selepas ini lebih banyak komitmen yang anda boleh bayarkan. Tidak kah ini meningkatkan taraf hidup anda.
“If you failed to plan, you plan to fail.” Ayat yang kerap kali didengar tetapi sukar di amalkan. Terpulang kepada anda, selepas membaca ingin terus rugi atau start gain small earning and be full time trader.
“Forex is risky, if you don’t know where you want to go with forex business” – Moshed