“Kadar Inflasi AS Bakal Perlahankan Pemulihan Ringgit”

432

Kenaikan inflasi baru-baru ini di Amerika Syarikat mungkin melambatkan pemulihan ringgit pada tahun itu tetapi ia tidak akan menjejaskan sepenuhnya.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), mereka menjangkakan peningkatan pada separuh kedua tahun ini berikutan kemunculan semula sentimen berkenaan penentuan Kadar Dana Fed (FFR).

Disebabkan FFR memuncak, mereka menjangkakan kekuatan dolar AS akan reda pada pertengahan tahun ini. Ia juga turut didorong oleh pilihan raya presiden pada bulan November nanti.

Hal ini akan memberi petanda baik untuk ringgit memandangkan korelasi 93% antara Indeks Dolar AS dan ringgit.

Katanya lagi, prestasi keluaran dalam negara kasar pada 2023 mendorong unjuran meningkat ke paras normal kepada 4.8% untuk tahun ini. Ia juga turut dipacu oleh pemulihan dalam eksport dan pertumbuhan dalam perbelanjaan domestik.

Pertumbuhan eksport yang menguncup sejak 2023 kini bertukar positif dan disokong oleh aktiviti perdagangan global yang lebih kukuh dalam kitaran ekonomi.

Ringgit dijangkakan kekal lemah dalam tempoh terdekat sebelum meneruskan semula laluan kenaikannya untuk mengakhiri tahun ini pada RM4.45 berbanding dolar.

Kemuncak paras FFR dan OPR sebelum ini merupakan pengukur yang baik buat ringgit dari sudut perbezaan kadar faedah. OPR Malaysia diramalkan kekal 3% sepanjang tahun ini.

HLIB juga berkata tekanan domestik lebih menggalakkan kerana pertumbuhan ekonomi diunjurkan bergerak ke hadapan dengan positif dan pembaharuan subsidi sedang dalam perancangan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal.

Pemulihan berterusan dalam sektor pelancongan Malaysia akan dipacu oleh perjalanan tanpa visa untuk warga China dan India akan mengembalikan semula kapasiti penerbangan global sepanjang tahun 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat