Belajar Forex – Bab 3 : Asas Forex Trading – Pending Order

Terdapat beberapa jenis pending order atau lebih dikenali sebagai PO.
⦁ Buy Limit dan Sell Limit
⦁ Buy Stop dan Sell Stop

Limit order adalah order yang mana kita harapkan graf bergerak kepada harga yang diingini dan berpatah balik.
⦁ Buy Limit hanya boleh diletakkan di bawah harga semasa.
⦁ Sell Limit hanya boleh diletakkan di atas harga semasa.

Stop order adalah order yang mana kita harapkan graf bergerak kepada harga yang diingin dan menyambung pergerakkannya agar kita untung.
⦁ Buy Stop hanya boleh diletakkan di atas harga semasa.
⦁ Sell Stop hanya boleh diletakkan di bawah harga semasa.

Rujuk contoh BUY Limit dan BUY Stop. Anak panah menunjukkan pergerakkan harga graf.

belajar-forex-letak-buy-limit-buy-stop

 

Berikut pula adalah contoh Sell Limit dan Sell Stop.

belajar-forex-letak-sell-limit-sell-stop

 

Bagaimana nak letakkan PO?

Cara Letakkan Buy Limit

Katakan anda memilih satu harga 1.2495(garisan merah) untuk letakkan order Buy Limit, dan harga semasa sedang berada di atas iaitu 1.2524(garisan hitam).

belajar-forex-bagaimana-letak-pending-order

 

⦁ Klik pada New Order
⦁ Tetapkan Nilai Lot Volume
⦁ Type : Pilih Pending Order
⦁ Type Pending Order : Pilih Buy Limit
⦁ Letakkan harga yang diingini. Contoh di atas memilih 1.2495 untuk letakkan Buy Limit.
⦁ Klik Button Place

Ini bermakna, apabila harga jatuh ke bawah dari 1.2524(garisan hitam), dan mengena 1.2495, order BUY akan terbuka. Dan kita berharap agar harga mula kembali naik seperti anak panah hijau yang ditunjukkan dalam contoh.

 

Cara Letakkan Buy Stop

Katakan anda memilih satu harga 1.5947(garisan merah) untuk letakkan order Buy Stop, dan harga semasa sedang berada di bawah iaitu 1.5906(garisan hitam).

belajar-forex-bagaimana-letak-buy-stop

⦁ Klik pada New Order
⦁ Tetapkan Nilai Lot Volume
⦁ Type: Pilih Pending Order
⦁ Type Pending Order: Pilih Buy Stop
⦁ Letakkan harga yang diingini. Contoh di atas memilih 1.5947 untuk letakkan Buy Stop.
⦁ Klik Button Place
Ini bermakna, apabila harga naik ke atas dari 1.5906(garisan hitam), dan mengena 1.5947, order BUY akan terbuka. Dan kita berharap agar harga menyambung naik seperti anak panah hijau yang ditunjukkan dalam contoh.

 

Cara Letakkan Sell Stop

Katakan anda memilih satu harga 1.2495(garisan merah) untuk letakkan order Sell Stop, dan harga semasa sedang berada di atas iaitu 1.2526(garisan hitam).

belajar-forex-bagaimana-letak-sell-stop

 

⦁ Klik pada New Order
⦁ Tetapkan Nilai Lot Volume
⦁ Type : Pilih Pending Order
⦁ Type Pending Order : Pilih Sell Stop
⦁ Letakkan harga yang diingini. Contoh di atas memilih 1.2495 untuk letakkan Sell Stop.
⦁ Klik Button Place

Ini bermakna, apabila harga jatuh ke bawah dari 1.2526(garisan hitam), dan mengena 1.2495, order SELL akan terbuka. Dan kita berharap agar harga sambung turun seperti anak panah merah yang ditunjukkan dalam contoh.

 

Cara Letakkan Sell Limit

Katakan anda memilih satu harga 1.5947(garisan merah) untuk letakkan order Sell Limit, dan harga semasa sedang berada di bawah iaitu 1.5905(garisan hitam).

belajar-forex-bagaimana-letak-sell-limit

⦁ Klik pada New Order
⦁ Tetapkan Nilai Lot Volume
⦁ Type : Pilih Pending Order
⦁ Type Pending Order : Pilih Sell Limit
⦁ Letakkan harga yang diingini. Contoh di atas memilih 1.5947 untuk letakkan Sell Limit.
⦁ Klik Button Place

Ini bermakna, apabila harga naik ke atas dari 1.5905(garisan hitam), dan mengena 1.5947, order SELL akan terbuka. Dan kita berharap agar harga mula kembali turun seperti anak panah merah yang ditunjukkan dalam contoh.

 

Teruskan belajar bab seterusnya.. klik topik di bawah

Belajar Forex dalam Bahasa Melayu Mudah Faham – PERCUMA

Bab 1 : Pengenalan Forex

1.1 Apa Itu Forex?
1.2 Apa Yang Diperlukan Untuk Trade Forex
1.3 Perbezaan Forex dan Saham
1.4 Kenali Matawang Utama dalam Forex Trading
1.5 Waktu Trading Forex

Bab 2 : Broker Forex

2.1 Panduan Memilih Broker Forex
2.2 Kenali Broker Forex Scam
2.3 Panduan Buka Akaun Forex

Bab 3 : Kenali Pasaran Forex

3.1 Kenali Pasaran Forex
3.2 Kiraan Asas Lot Volume dalam Forex
3.3 Bagaimana Buy dan Sell?
3.4 Bagaimana untuk Close Order?
3.5 Apa itu Take Profit dan Stop Loss?
3.6 Pending Order

Bab 4 : Asas Analisa Teknikal

4.1 Jenis Chart
4.2 Candlestick
4.3 Time Frame
4.4 Bentuk Market
4.5 Support dan Resistance
4.6 Trade Guna SnR

Bab 5 : Penggunaan Indikator Asas

5.1 Bollinger Band (BB)
5.2 Moving Average (MA)

Bab 6 : Asas Analisa Fundamental

6.1 Pengenalan Fundamental
6.2 Isu Interest Rate
6.3 Cara Baca Kalendar Ekonomi

Bab 7 : Pengurusan Risiko dalam Forex Trading

7.1 Kawalan Emosi dan Psikologi
7.2 Money Management (MM)

Bab Seterusnya : Keseluruhan Pembelajaran